Basic Photo Editor: BeFunky

11 Ogos 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena Hari Raya Aidiladha 2019, Pusat Internet Sibuti telah mengadakan Kelas Asas Mengedit Gambar menggunakan perisian atast talian BeFunky. Setiap peserta dikehendaki mengedit gambar yang bertemakan Hari Raya Aidiladha yang dimuat turun daripada google imej. Gambar berkenaan akan diolah dengan ucapan hari raya haji. Setelah selesai beberapa orang peserta dipilih untuk membentangkan hasil kerja mereka di depan kelas. Secara tidak langsung, keyakinan para peserta dapat ditingkatkan.

Sebelum bermulanya kelas berkenaan, beberapa video KDB dan advokasi telah ditayangkan. Kemudian, beberapa orang peserta dipanggil untuk menjawab soalan tentang kefahaman mereka terhadap maklumat palsu di internet. Hal ini mampu mendidik peserta untuk tidak menyebarkan sebarang maklumat yang tidak sahih khasnya di internet.

Kelas berkenaan telah berlangsung selama 2 jam. Seramai 10 orang kanak-kanak yang juga merupakan ahli PI Sibuti telah menyertai kelas berkenaan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali